Thursday, 1 August 2013

Sisi Baik vs Sisi Jahat

Assalamualaikum...
hari ini ialah hari Jumaat, 2 April 2013  bersamaan 24  Ramadhan 1434 H
hari ini juga merupakan hari Jumaat-Ramadhan terakhir untuk tahun ini.
Alhamdulillah... moga seluruh kaum muslimin dan muslimat berada dalam keredhaan-Nya. Amin....

Dear diary,


Hari ini, aku nak berkongsi dengan kau tentang sisi baik vs sisi jahat. Hm... tak dapat dinafikan yang semua orang ada ' good side and a bad side'. cuma tak semua orang dapat melihat  both side. Tiada yang mengetahuinya melainkan Allah.... (^_^)


aku terdetik untuk tulis pasal ni sebab aku terbaca artikel dekat facebook pasal benda ni dan rasanya memang kena tepat dekat batang hidung aku sendiri. yelah... setiap orang selalunya mengimpikan untuk orang lihat tentang diri diorang yang baik-baik sahaja. tapi, pernah tak terdetik dekat hati kita ni, betapa Bersyukurnya kita sebab Allah dah tolong tutupkan keaiban kita yang kita tak nak orang tahu? pernah tak kita terfikir pasal benda tu? Aku rasa tak semua orang sedar tentang perkara tu termasuk aku sendiri. Aku pon baru perasan dan sedar selepas aku terbaca artikel pasal benda ni. alhamdulillah... Allah sentiasa memberi petunjuk kepada hamba-Nya. Aku sangat-sangat bersyukur tentang itu. Alhamdulillah....

Moga aku dapat mempertingkatkan Ibadah aku kepada Allah... moga dipermudahkan......

berbalik pada tajuk kita, bila aku baca artikel tu, terbayang dosa-dosa yang aku pernah buat. betapa kerdilnya diri ini tapi Allah masih lagi sayang. Kawan aku pernah cakap kat aku macam ni " dia ni namanya paling muda tapi tinggi ilmu dia". Masha-Allah... betapa kerdil dan malunya aku bila dia cakap macam tu. aku ni tak layak nak dianggap sebaik itu. Allah jugalah yang Maha Mengetahui.... setiap orang mesti ada dosa  tak kiralah kecil ke besar dan pernah buat salah. Tiada sapa yang tak buat salah melainkan para Nabi sebab merekan ni dikurniakan sifat maksum. aku takut di mata manusia aku nampak baik tetapi di sisi Allah aku nampak jelik. Nauzubillah.. minta jauhlah daripada perkara macam tu. Moga Alah sentiasa  memelihara keaiban ku di dunia dan akhirat. In Shaa Allah. moga aku dan keluarga aku sentasa berada dalam kerahmatan dan keredhaan Allah...


Yang penting, setiap kali kita berbuat dosa, berusahalah untuk bertaubat dan mencari keampunan Allah. semoga Allah menerima taubat hambamu ini Ya Allah.... tetapkan lah diriku ini agar sentiasa istiqamah dalam mencari kerehaan dan keampunan Darimu. in Shaa Allah..



P/s: esok keluar result final sem1. moga keputusan aku dapat membanggakan dan menggembirakan parents aku \(^_^)/

No comments:

Post a Comment