Dear, diary,
ingat lagi tak post aku before ni pasal a 'guy' yang kawan aku nak kenalkan?
aku dah fikir masak-masak dan aku rasa untuk waktu ni, saat ini, aku malas nak mengharap dan malas nak fikir apa-apa pun pasal benda tu dan yang sewaktu dengannya....
yelah, yang aku tergedik-gedik nak berkawan dengan orang yang aku tak kenal, buat apa?
bagus kita panjangkan ukhuwah... cuma aku rasa niat aku dah salah..... Sepatutnya, aku niatkan kerana Allah Ta'ala..... lagipun, buat masa ni aku rasa lebih baik aku tumpukan sepenuh perhatian aku dekat pelajaran... aku nak banggakan mak and abah aku yang tinggi harapan diorang untuk lihat aku berjaya setelah spm dan matrik aku kecewakan diaorang..
lagipun, aku ada 'bestfriend' yang sentiasa dengar cita best and tak best dari aku.... kadang-kadang tu dia layan juga perangai aku yang tak berapa betul ni walaupun waktu tu dia sibuk.... untuk itu, aku bersyukur pada Allah dan sangat berterima kasih kepada kawan aku tu. moga persahabatan dan ukhuwah yang terjalin antara kitorang kekal hingga ke ahirat... Amin...
tentang, jodoh, semua sedia maklum yang jodoh kita telah ditentukan di Loh Mahfuz. jadi buat apa kita risau? yang penting kita usaha... Allah sangat menyayangi hamba-Nya yang berusaha.hehheehe tipulah kalau kata aku tak teringin nak bercinta... cuma kalau diizinkan, aku nak rasa bercinta selepas kahwin sebab cinta selepas kahwin ni manisnya lain... dan kalau diizinkan, aku nak cakap dekat suami aku, dialah boyfriend aku yang pertama dan terakhir... kalau diizinkanlah.. tapi kalo kata aku bercinta sebelum berkahwin, aku terima je. aku redha sebab itu jodoh... yang penting batas pergaulan tu terjaga... moga-moga aku dn keluarga aku termasuk dalam golongan hamba-hambanya yang berada dalam keredhaan-Nya.. amin...
aku mengaku yang kadang-kadang aku khilaf dalam memilh percaturan hidup... tapi aku tahu masih belum terlambat untuk aku berubah... Dan Alhamdulillah, setiap benda yang aku nak buat, Allah dah sediakan petunjuk untuk aku.. dan aku sangat bersyukur dengan nikmat itu.....
yang terakhir untuk entri kali ini,kita redha dengan segala rezeki dan nikmat yang Allah kurniakan dan berserahlah pada Allah setelah kita bersungguh-sungguh. in Shaa Allah
p/s: moga-moga aku mendapat 4 flat dalam result peperiksaan aku yang akan keluar 3 August 2013 ni. Amin.. \(^_^)/

No comments:
Post a Comment