Wednesday, 21 August 2013

sekadar contengan...

Assalamualaikum....

bismillahirrahmanirrahim....



indah laku andai hatimu begitu
mulut berbicara hingga lupa yang Satu
fikiran tercerna meluahkan rasamu
pernah terdetik apa peribadimu?

Musafir jalanan mencari erti
erti hidupmu yang belum pasti
bekalan akhirat yang harus di cari
yakinkah dirimu menghadap Ilahi?

carilah tujuanmu di alam yang fana
sirnanya kasih kerana harta
darah dan nyawa hanyalah jenaka
apakah semua bagimu boneka?

#asha_areen93
08:40 pm,
21 Ogos 2013,Rabu



Friday, 16 August 2013

Alhamdulillah...

Assalamualaikum.........

diary2, aku nak cerita sesuatu dekat kau ni. first of all, aku nak ucapkan Alhamdulillah kepada Allah di atas rezeki yang Allah bagi

kenapa?

sebabnya, aku dapat 3.42 untuk result 1st semester aku... aku tahu takdelah tahap yang amat2 membanggakan tapi, at least itu effort aku. aku tahu yang aku boleh buat lebih baik dari ini. In Shaa Allah kalau Allah izinkan, moga-moga aku dapat straight 4 flat untuk sem2 yang akan datang. yelah... kalo setakat nak tapi x der usaha, pon x boleh jugak... kena usaha...

kedua sebab... hehhehe.... dalam hati ada tamanlah... hohoo walaupun jauh di mata tapi di hati...chewah.hahaha... apa-apa je lah.. tapi, aku tak nak lah kacau dia sangat.... dia pergi sana untuk belajar... so, aku tahu yang aku kena faham... Alhamdulillah dia terima.. kalo x, aku pon x tahu nak buat apa.. yelah...  pape pon, aku ada confirmation... xdelah aku tercongok-congok...  lagi pun ini my first time.. aku tak tahu macam mana and i'll just go with the flow.. haahha

doa-doa kanlah moga-moga jodoh dan persahabatn kitorang berkekalan hingga ke syurga.... Amin... :-)

p/s: yang pasti aku dah mula rindu kan dia... dan semoga rindu aku kat dia tak melebihi rindu aku pada Allah.... dan selamat hari lahir untuk dia hari ini.. hehehe sambut birthday dekat negara orang...

Thursday, 1 August 2013

Sisi Baik vs Sisi Jahat

Assalamualaikum...
hari ini ialah hari Jumaat, 2 April 2013  bersamaan 24  Ramadhan 1434 H
hari ini juga merupakan hari Jumaat-Ramadhan terakhir untuk tahun ini.
Alhamdulillah... moga seluruh kaum muslimin dan muslimat berada dalam keredhaan-Nya. Amin....

Dear diary,


Hari ini, aku nak berkongsi dengan kau tentang sisi baik vs sisi jahat. Hm... tak dapat dinafikan yang semua orang ada ' good side and a bad side'. cuma tak semua orang dapat melihat  both side. Tiada yang mengetahuinya melainkan Allah.... (^_^)


aku terdetik untuk tulis pasal ni sebab aku terbaca artikel dekat facebook pasal benda ni dan rasanya memang kena tepat dekat batang hidung aku sendiri. yelah... setiap orang selalunya mengimpikan untuk orang lihat tentang diri diorang yang baik-baik sahaja. tapi, pernah tak terdetik dekat hati kita ni, betapa Bersyukurnya kita sebab Allah dah tolong tutupkan keaiban kita yang kita tak nak orang tahu? pernah tak kita terfikir pasal benda tu? Aku rasa tak semua orang sedar tentang perkara tu termasuk aku sendiri. Aku pon baru perasan dan sedar selepas aku terbaca artikel pasal benda ni. alhamdulillah... Allah sentiasa memberi petunjuk kepada hamba-Nya. Aku sangat-sangat bersyukur tentang itu. Alhamdulillah....

Moga aku dapat mempertingkatkan Ibadah aku kepada Allah... moga dipermudahkan......

berbalik pada tajuk kita, bila aku baca artikel tu, terbayang dosa-dosa yang aku pernah buat. betapa kerdilnya diri ini tapi Allah masih lagi sayang. Kawan aku pernah cakap kat aku macam ni " dia ni namanya paling muda tapi tinggi ilmu dia". Masha-Allah... betapa kerdil dan malunya aku bila dia cakap macam tu. aku ni tak layak nak dianggap sebaik itu. Allah jugalah yang Maha Mengetahui.... setiap orang mesti ada dosa  tak kiralah kecil ke besar dan pernah buat salah. Tiada sapa yang tak buat salah melainkan para Nabi sebab merekan ni dikurniakan sifat maksum. aku takut di mata manusia aku nampak baik tetapi di sisi Allah aku nampak jelik. Nauzubillah.. minta jauhlah daripada perkara macam tu. Moga Alah sentiasa  memelihara keaiban ku di dunia dan akhirat. In Shaa Allah. moga aku dan keluarga aku sentasa berada dalam kerahmatan dan keredhaan Allah...


Yang penting, setiap kali kita berbuat dosa, berusahalah untuk bertaubat dan mencari keampunan Allah. semoga Allah menerima taubat hambamu ini Ya Allah.... tetapkan lah diriku ini agar sentiasa istiqamah dalam mencari kerehaan dan keampunan Darimu. in Shaa Allah..



P/s: esok keluar result final sem1. moga keputusan aku dapat membanggakan dan menggembirakan parents aku \(^_^)/

Redha vs Berserah....

Assalamualaikum....

Dear, diary,
ingat lagi tak post aku before ni pasal a 'guy' yang kawan aku nak kenalkan?
aku dah fikir masak-masak dan aku rasa untuk waktu ni, saat ini, aku malas nak mengharap dan malas nak fikir apa-apa pun pasal benda tu dan yang sewaktu dengannya....

yelah, yang aku tergedik-gedik nak berkawan dengan orang yang aku tak kenal, buat apa?
bagus kita panjangkan ukhuwah... cuma aku rasa niat aku dah salah..... Sepatutnya, aku niatkan kerana Allah Ta'ala..... lagipun, buat masa ni aku rasa lebih baik aku tumpukan sepenuh perhatian aku dekat pelajaran... aku nak banggakan mak and abah aku yang tinggi harapan diorang untuk lihat aku berjaya setelah spm dan matrik aku kecewakan diaorang..

lagipun, aku ada 'bestfriend' yang sentiasa dengar cita best and tak best dari aku.... kadang-kadang tu dia layan juga perangai aku yang tak berapa betul ni walaupun waktu tu dia sibuk.... untuk itu, aku bersyukur pada Allah dan sangat berterima kasih kepada kawan aku tu. moga persahabatan dan ukhuwah yang terjalin antara kitorang kekal hingga ke  ahirat... Amin...

tentang, jodoh, semua sedia maklum yang jodoh kita telah ditentukan di Loh Mahfuz. jadi buat apa kita risau? yang penting kita usaha... Allah sangat menyayangi hamba-Nya yang berusaha.hehheehe tipulah kalau kata aku tak teringin nak bercinta... cuma kalau diizinkan, aku nak rasa bercinta selepas kahwin sebab cinta selepas kahwin ni manisnya lain... dan kalau diizinkan, aku nak cakap dekat suami aku, dialah boyfriend aku yang pertama dan terakhir... kalau diizinkanlah.. tapi kalo kata aku bercinta sebelum berkahwin, aku terima je. aku redha sebab itu jodoh... yang penting batas pergaulan tu terjaga... moga-moga aku dn keluarga aku termasuk dalam golongan hamba-hambanya yang berada dalam keredhaan-Nya.. amin...

aku mengaku yang kadang-kadang aku khilaf dalam memilh percaturan hidup...  tapi aku tahu masih belum terlambat untuk aku berubah... Dan Alhamdulillah, setiap benda yang aku nak buat, Allah dah sediakan petunjuk untuk aku.. dan aku sangat bersyukur dengan nikmat itu.....

yang terakhir untuk entri kali ini,kita redha dengan segala rezeki dan nikmat yang Allah kurniakan dan berserahlah pada Allah setelah kita bersungguh-sungguh. in Shaa Allah


p/s: moga-moga aku mendapat 4 flat dalam result peperiksaan aku yang akan keluar 3 August 2013 ni. Amin.. \(^_^)/



Saturday, 27 July 2013

bersyukurlah dengan segala nikmat dan kurniaan Allah...

Yang kita dapat
 tak semestinya yang kita pinta...
Yang kita minta 
belum tentu yang terbaik untuk kita...
Yang terbaik buat kita 
tak semestinya  Allah suka...
Belajarlah redha
apa yang kita ada...
itulah yang terbaik buat kita 
walaupun itu bukan yang kita suka


aku redha dengan ketentuan Allah.... lagipun, ukur baju di badan sendiri. aku tahu tu. and one of my friend had said this to me "kau kalau orang cam ko boleh dengan semua orang... (ko amik semua jenis orang) instead of it, kau macam nak kata kat aku "kau ni bese-bese jer.jadi jangan nak pilih sangat. cantik x seberapa. orang cam kau ni tak payah nak bajet sangat"... tapi orang macam aku kau xkan dapat". Macamlah aku ni langsung tak berhak suka sesiapa and pilih pilihan hati aku. untuk pengetahuan kau, at the time kau cakap dekat aku macam tuh, ada dua orang kawan aku yang cuba untuk rapat dengan aku lebih senang lagi, diaorang suka aq. tapi, aku tolak sebab 'rasa' tuh tak ada. aku bukan nak kata pasal aku bangga ke apa.. Oh, tidak... takde maknanya Aku nak bangga diri macam kau... Aku cuma nak kata, sapa kau nak judge aku sampai camtu? kau bagus sangat ker? x layak ke aku ni dengan orang yang lebih baik?  Frankly speaking, aku memang sentap waktu tu. tapi, aku cuba untuk senyum gak... sebab aku tahu Allah tu Maha Besar.. masa yang akan menentukan....

.pergh.... kata-kata yang sangat menhiris hati aku. bukan sebab dia kata aku ni x padan dengan dia. aku x heran pon pasal tu. aku dari dulu memang tak pernah suka dia. perasan je lebih... :-(
tapi, kata-kata dia tu macamlah aku ni hina sangat. macamlah aku ni hodoh sangat.. buruk sangat...gemuk sangat ke... sampai ke tahap macam tuh kau kata aq... ya, truthfully aq aku akui aq ni x sebaik mana... x secantik mana. (tapi comel tuh ada (^_^)). kalau aku describe kau orang yang macam mana, menangis 3 hari 3 malam tak berhenti tahu! tapi aku ni pon ada rasa perikemanusiaan. sapalah aku nak cakap yang buruk pasal kau kalau diri aq sendiri tak baik mana. aq pun tak nak tambah dosa kering mengutuk kau dalam blog aq. buat nyemak lagi adalah! 



Aku bersyukur kepadaa Allah sebab aku dilahirkan sebagai aku,myself. Aku tak rasa menyesal pun aku macam nie sebab aq yakin Allah tu adil. dia akan bagi yang terbaik untuk aku, sebab Allah tu kan Maha Adil, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. bak kata classmate aku, rupa xpenting tapi hati budi tu yang orang akan pandang. hm! aku yakin dengan kata-kata tu. semoga aq dipermudahkan segalanya ooleh Allah.. Amin...

baiklah my beloved, meet you till then
adios amigos!
ps: moga Allah kurniakan jodoh yang terbaik untuk aku, dan semoga aku menjadi yang terbaik untuk dia... in Shaa Allah.... amin... (^_^)