Assalamu'alaikum....
Dah lama dah rasanya aku tak update. dan puisi yang aku janjikan ttu pon tak siap lagi. well. bukan senang tahu. :)
Kali ni aku nak tulis pasal perginya seorang insan yang sangat-sangat rapat dengan aku. Siapa dia?
Arwah menghembuskan nafas yang terakhir pada Subuh, Ahad. 28 Disember 2014. Al-Fatihah.
aku nak diikutkan tak nak tulis pasal benda ni. sejujurnya aku terasa dengan perginya arwah. yelah. dulu arwah rapat dengan aku sebab arwah duduk dengan family aku. jadinya pemergian arwah sangat terasa. memanglah kalau kau tak duduk serumah takpe. tapi sesiapa yang pernah duduk dekat tempat aku ni mesti thu macam mana rasanya.
cuma, yelah, siapa yang lebih faham pasal benda ni melainkan aku and family. tapi, takkan aku nak luahkan dekat diorang? diorang pon masih lagi bersedih. takkan aku nak tambah lagi.
hm.... aku sebenarnya bersyukur kalau aku tak balik pon. ada hikmahnya. sebab mungkin aku akan lebih terasa dengan pemergian arwah. nak dengar cerita tak? :')
dulu kalau aku balik kampung mesti nenek aku tanya, "lama ke cuti". lepas tu kalau aku cakap "seminggu je". mesti arwah akan cakap "sekejap je cikgu bagi cuti". lepas tu dia mesti akan cari masa nak sembang2 dengan aku. kadang-kadang aku yang tak layan dia sangat. aku lebihkan tengok tv.
yelah. kita kalau benda dah takde bau menyesal dan penyesalan tu bukan boleh buat apa pun.
hm..... kalau aku balik, aku mesti bawak jeruk. nenek aku suka jeruk, sebab jeruk yang sku beli tu dia manis je rasa dia. lepas tu nenek suka sangat dengan cekodok yang aku buat. dia kata garing. lagi sedap daripada yang mak kau buat. hahaha... nenek memang pandai buat aku ketawa. lepas tu kalau aku balik daripada pasar dia mesti sakat2 aku "dah balik kerja ke bang?" sebab aku pakai jaket adik aku yang lelaki tu. hehehe... kalau engat memang sedih pon.
lagipon sekarang ni aku tengah final exam. aku akan cuba untuk tak terikut sangat perasaan tu. tapi sedih dia.. hm....tak tahu macam mana nak describe.
tapi kalau kata pasal arwah, aku terigin nak mandikan jenazah arwah. dulu kalau dia sakit2 aku tolong mak aku mandikan nenek aku. nenek aku mesti tgk aku. lepas tu dia senyum. yelah.. suratan Ilahi. mungkin ada hikmahnya aku tak balik masa pemergian arwah.
nantilah ada masa aku sambung. (^_^).
Assalamualaikum...